![]() |
Salam.. Hari ni nak buat entry khas untuk ibu saya.. Sebabnya nak join kontest Encik Sudirman.. Kalau nak tahu pasal kontest ni boleh klik SINI.
Ok.. Seperti yang diketahui umum.. Ibu kitalah yang melahirkan kita di bumi ini.. Sapa yang bapaknya melahirkan kita tu mesti dunia lain.. Bukan dunia ini.. haha... Dan ibu jugalah tempat kita selalu megadu tak kira lelaki ataupun perempuan...
Ibuku telah menjagaku sejak dari kecil lagi.. Selalunya ibu juga yang menjaga makan dan minumku...
Time kecik2 dulu salu jugalah aku ni buat ibuku marah2.. Sampai satu tahap tu ibuku menangis bila tengok kenakalan aku masa itu.. Mmm.. Mungkin aku belum lagi mampu untuk berfikir bagaimana untuk menjaga hati ibu... Zaman aku kecik dulu aku biasa men bola ngan kengkawan.. Main tak ingat dunia.. Dah nak masuk waktu maghrib baru nak balik rumah... Ibu akan tunggu depan pintu.. Dengan rotan nombor 9.. Kenapa rotan nombor 9? Sebenarnya rotan ibuku dulu lurus jer.. Part nombor 9 tu dia buat hujung rotan dengan digulungnya ke dalam... So, hujungnya jadiklah macam hujung kepala nombor 9.. hehe.. Tapi, dah kebiasaan kot... Aku ngan adikku lali dah dengan rotan tersebut.. Memang dah kebal dengan rotan. haha...
Sekarang nie ibuku sudah tak bekerja lagi.. Sudah tamat tempoh bekerja.. Pencen lah tu.. Aku berharap sangat kalau aku ada duit sekarang nie aku nak ajak dia pergi umrah.. Itu harapan ku buat masa sekarang.. Harap ibuku bersabar yerr.. Kalau ibu baca blog ini jangan ketawakan anakmu ini.. Sebab anakmu ini ingin menang hadiah... haha... Oklah.. Itu sahaja aku mampu cerita pasal ibuku.. Harap maaf yerr.. Takder gambar ibuku.. Muahhhmuahmuahhhh... Sayang mak gilak2...
p.s. kalau nak join kontest nie boleh klik kat gambar atas tu.
p.s. kalau nak join kontest nie boleh klik kat gambar atas tu.
