Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Friday, June 19, 2009

Siri bercakap dengan dirikpun

Salam.. Entry kali tuk aku nak kakar baku n ada panjang kit dari entry sebelum tuk.. Seyla jgn tetak dolok.. Ehem2..

Hari ini merupakan hari yang amat sibuk buat diriku. Setiap detik amat bernilai bagi bos ku menggunakan aku sebagai pekerjanya. Setiap 30 minit akan bertanyakan d mana aku berada. Sedang aku tengah melabuh b***t di mangkuk tandas, telefonku berbunyi. "Tak lain dan tak bukan. Pastinya bos aku nie". Bisik hati kecilku.

Ku biarkan saja telefonku berbunyi. 15 minit selepas itu aku keluar dari tandas. "Mana kau pergi tadi?" tanya bos ku. Aku jawab balik"Aihh, tak nampak ker aku baru keluar dari tandas?!" Sebegitu aku nak jawab bos ku gerenti kena ceramah setengah jam berikutnya. Aku jawab balik yang aku pegi tandas jer tadi. "Kau pergi sini, lepas tu ambik ini, lepas tu..." Kerahan tenaga time tu memang sama habis dengan kerja budak bangla d KLCC. Sememangnya banyak.

Dengan hati yang tenang aku melangkah keluar dari opis. Di satu sudut hati kecilku, "kenapa bos aku nie? Dia nak kahwin baru ker?!" Ishh... Mana mungkin dengan isterinya yang garang macam singa kelaparan seminggu. Aku berdoa agar bos ku mampu mengatasinya.

Sebenarnya aku nak bagitau yang hari ini aku rasa amat kosong. Bukan tin kosong tapi kertas kosong. Empty, clueless, blank dan kawasan setempat. Mungkin aku telah meluahnya terlalu awal atau adakah aku meluahkannya secara paksa. Ampun dariku jika ku tersilap langkah. Diharap aku diberikan peluang untuk membetulkan keadaan. Jika keadaan mengizinkan aku ingin berjumpa sekali lagi denganmu. Untuk meluahkan segalanya. Untuk bicara sekelian kalinya. Untuk kau memahami diriku. Walaupun ku tahu ku tak sempurna. Tapi aku pasti inilah kemahuanku.

Aku ingin lebih memahami dirimu. Siapa ayahmu. Siapa abang-abangmu. Siapa kawanmu. Siapa ibumu. Apa coklat kegemaran dirimu. Semuanya ingin ku ketahui. Setujukah engkau dengan diriku ini? Persoalan ini hanya boleh dijawab dengan hati yang ikhlas. Takkan aku meragui jawapanmu itu. Aku akan cuba untuk menerima. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku berharap aku tidak akan menanti dirimu lagi jika tidak adalah jawapanmu. Aku berharap kebahagian akan dirimu setiap masa. Aku berharap dirimu tidak akan melupakanku sebagai seorang kawan.

Ahhhh..!! Adakah ini yang aku mahu selama ini? Sejujurnya, aku sendiri masih belum pasti. Aku cuma dapat berdoa pada setiap malam agar diriku ini dibukakan hati; dibukakan mata dan dibukakan minda agar dapat melihat dengan lebih jelas apa sebenarnya yang aku mahukan. Bukanlah kehendakku. Tapi ini bicara hatiku. Soal cinta?! Ya!! Soal cinta.. Aku amat lemah bila menghadapinya. Setakat ini saja bicaraku hendaknya. Aku sudah sampai ke destinasiku. Harusku lupakan perasaan itu. Buat sementara waktu ini, biarlah aku dengan hidupku. Bicara ini akan bersambung selepas selesai kerjaku ini. Salam.




Geram sik nangga?!



Tok lagik lah..



Time sejuk paling best minum... Setuju sik?

* fokus sik ktk urg time tuk? tuk adalah rekaan cerita semata-mata. pelakonnya mungkin benar mungkin palsu. berik jak komen sia.