Salam.. Ritok just nak cuba nasib join kontest yang dianjurkan oleh encik Hans.. Sesiapa yang mok join boleh klik banner kat sebelah ya ataupun kitak orang klik kat Banner dibah tok...
Kontes tok simple jak.. Cuma polah karangan mengikut situasi yang diberik.. Hadiah yang diberik pun sik kurang hebatnya.. Siap ada penaja bersama gik ya.. Mok tauk sapa penaja ya boleh klik
SITOK... Mun sesapa gik mok taja boleh kontek encik Hans kita.. Untuk situasi imaginasi, aku pilih situasi nombor 1. Kita layan dulu.. Zasssss...
Situasi 1 : Hans seorang lelaki yang sangat kacak dan amat meminati pelakon wanita yang berbakat iaitu Lisa Surihani. Pelbagai cara dilakukan oleh beliau untuk cuba memikat Lisa Surihani. Sebut sahaja apapun pasti telah dilakukan oleh Hans seperti menghantar kad hari raya, kad hari jadi, hadiah misteri sehinggakan kepada berjumpa bomoh - bomoh hebat di kampung. Pada suatu hari, sahabat si Hans memberitahu terdapat seorang bomoh hebat nun di sebuah kampung sana yang mampu membantu beliau untuk mencapai cita - citanya itu.......
Bomoh yang dikatakan itu mempunyai perwatakan seperti singa.. Bukan singa sebarangan tetapi mirip kepada Singapura...
Macam nie lah rupa bomoh tersebut..
Oleh kerana bomoh tersebut hanya duduk atas paranya sahaja, maka si Hans dan kawannya pun mula lah bertanya dengan tok bomoh tersebut..
Hans ; Tok Moh! Saya datang nie ada hajat...
Tok Moh; Kalau nak melepas tu pergilah ke tandas belakang rumah Tok Moh..
Hans; Hishhh.. Tok Moh nie.. Bukan hajat tue lah Tok Moh...
Tok Moh; Owwww...
Hans; Hajat saya nie nak Tok Moh buatkan si Lisa Suriahani suka dekat saya..
Tok Moh; Senangnyerrrrrrrr......
Hans; (Riak betul Tok Moh nie)
Lepas jer bomoh tu cakap senang.. Tiba2 kepulan asap muncul depan tok moh.. Tok Moh mula membaca jampi serapahnya.. Hans dan kawannya masih dok tercengang depan Tok MOh sebab masih ligat berfikir dari mana datang asap putih itu tadi...
1,2,3... Zapppp!! Tok Moh menghilangkan dirinya.. Hans dan kawannya kecut.. "Mana hilang Tok Moh nie?" tanya kawan Hans kepadanya.. "Mana ku tau..." jawap Hans sambil mencium ketiaknya..
|
Heh.. Baunya...
Selepas beberapa ketika Hans mencium ketiaknya itu, Zapppp!! Tok Moh datang kembali.. Tok Moh kembali dengan sebungkus kain kuning di tangannya.. Dengan perlahan Tok Moh membuka bungkusan kuning tersebut..
Tok Moh; Nie barangnya.. Hans; Apa nie Tok Moh?! Tok Moh; Benda nie ko akan guna untuk buat Lisa Surihani suka kat engkau... Hans; ???
Dalam hati kecil Hans berkata, "Kenapa dia bagi aku top-up handphone? Dah la bagi cuma RM5 jer.." Kawan Hans pun tanya kat Hans.. "Apa Tok Moh bagi tadi?.." Sambil Hans menggaru kepalanya yang tidak gatal itu tiba2 Tok Moh muncul depannya.. Tok Moh berbisik ke telinganya..
Habis jer Tok Moh berbisik.. Zapppp!! Tok Moh hilang sekali lagi.. Hans pun berjalan meninggalkan tempat itu dengan kawannya.. Hans pun mula berfikir sejenak dengan apa yang telah Tok Moh bisikkan kepadanya sebentar tadi.. Rupa2 nya Tok Moh mengetahui Hans sudah lama menjadi stalker si Lisa Surihani.. Tapi apakan daya Hans sentiasa memberi seribu satu alasan kepada dirinya sendiri untuk bercakap mahupun berjumpa dengan Lisa Surihani..
Sejak itu Hans mula faham kenapa Tok Moh bagi dia top up walaupun cuma RM5.. Dia faham sekarang dia sendiri perlu berjumpa dengan Lisa Surihani untuk menyatakan hasrat di hatinya... Selama ini dia cuma memerhati dari jauh sahaja.. Dengan itu Hans pun memulakan langkah dengan berjumpa Lisa Surihani.. Sambil membawa gitar Hans menyanyikan lagu Bruno Mars.. |
Hans Mars dengan Lisa Surihani
Selepas Hans menyanyikan lagu tersebut, si Lisa Surihani pun terus jatuh cinta dengan kekacakan suara dan ketampanannya.. Barulah si Lisa tahu yang si Hans nie telah lama ingin mengoratnya, tetapi si Hans nie tak pernah memunculkan dirinya untuk berjumpa dengannya.. Lisa Surihani tahu dari pakcik sebelah saudara jiran rumah sebelahnya yang bekerja sebagai bomoh di hujung kampung... Apa2pun si Hans sangat bahagia sekarang dengan Lisa Surihani.. Beberapa bulan kemudian mereka berdua pun kahwin.. Cak pong... cak pong!
Nak tahu apa yang dibisik Tok Moh kepada si Hans? Meh2.. Dekat sini.. Tok Moh tu cakap dekat Hans, kalau dia tak nak kahwin dengan Lisa, dia sendiri yang nak dengan Lisa..